Sunday, 27 February 2011

Tapah


Tapah?Kenapa Tapah?Sebab kami membesar disini.Disini la segalanya-galanya bermula buat kami.Kat sini la kami tadika,sekolah,berkenalan,kenal dunia,belajar benda mengarut-ngarut(baik/jahat) dan ini jugak la tumpahnya darah kami.HEHE.Walaupun kecik,biasa-biasa,tak berapa nak membangun kami tetap sayangkan pekan kecik ni.Jangan main-main,kami pun ada 7-11 & Starbuck sendiri kot.HAHAHA..Insyallah,lagi beberapa tahun Tapah dah membangun.Lepas UiTM Tapah siap,Bandar Baru Tapah pulak dalam proses nak buat.(budak2 Tapah Road jangan nak proud sangat UiTM tu korang punya.HAHA).
Okay,back to the story.Kadang-kadang aku pelik jugak dengan certain people yang cukup malu nak mengaku yang dia ni asal dari Tapah.Apa yang nak di malukan sangat tu?Kat dalam info Facebook,Myspace,Blog ke tak nak kalah letak Ipoh la,K.L la.Serius,aku gila proud asal dari Tapah,lahir pun kat Tapah.Dulu aku belajar kat K.L,bila kawan-kawan aku tanya aku asal dari mana dengan proudnya aku cakap "TAPAH".Apedehei,nak malu apa.Memang diorang gelak.Diorang describe Tapah ni sebagai pekan mati pekan cowboy sebab bila pukul 10 malam je dah gelap ditambahkan lagi bunyian cengkerik memecah keheningan malam. *aku tambah2 je.Tapi aku tak kisah pekan mati ke pekan cowboy ke.Lagi elok macam tu.Sekurang-kurangnya tak ada la terencat sangat macam budak-budak kat bandar semua nak kalcer shok (Culture Shock).Memang setengah kat sini pun ada macam tu,tapi tak seteruk yang kat bandar la sampai lupa asal-usul,agama,budaya,adat masing-masing.Jangan ingat kami tak update,nampak je pekan tapi orang-orangnya sentiasa update okay.HAHA.So kami pun tak ketinggalan dengan benda2 baru ni.
Bangunan-bangunan kat Tapah ni semuanya klasik-klasik belaka.Kalau boleh aku tak nak banguna-bangunan ni kena roboh.Sayang gila kot.Nak buat bangunan baru,buat kat tempat lain.
So,kepada makhluk-makhluk yang rasa diri dia berasal dari Tapah tu tak payah la nak malu-malu nak mengaku Tapah ni hometown korang.Kalau dah malu sangat buat i/c baru,tukar alamat semua.Jangan nak jejak kaki kat sini lagi.haktuihh!
Your sincerly,
-Alel- Proud Homies

No comments:

Post a Comment